Monday, July 23, 2018

Kek Pandan My Current Kegilaan

Hi,

Semenjak ada Instagram ni aku dah follow banyak bakers especially home bakers. Antaranya Aszbakes, Sugar_bytes, thekitchenguardian, yati_kaybakery dan Thebakingbachelor.

Memang aku ni spesis yang dilahirkan suka makan dessert, especially kek. Siapa tak suka kek sila tinggal dalam gua..hahaha.

Disebabkan suka sangat makan kek, aku pernah join demo class Aszbakes tahun lepas dan Sugar Bytes pada tahun ni. Berbaloi sangat ilmu dan resepi-resepi yang diberi. Tapi yang aku praktikkan hanya kek pandan dan kek sour cream.

Musim raya lepas, dua minggu berturut-turut buat kek pandan, yang best nya siap rasa diri macam dah expert sangat. Ye la mana tak nye, siap tukar resepi yang sifu bagi lagi. Sifu ajar kena pakai santan dan fresh milk, memang sedap tapi aku memandai cuba tak pakai 2 bahan ni dalam resepi dia. Alhamdulillah nasib baik berjaya dan serasi rasanya dengan tekak ni ha.

Haa ni la kegigihan aku 2 minggu berturut-turut. Kalau yang tak minat tu memang akan rasa macam leceh tapi sebenarnya mudah sahaja, tambah-tambah kalau kat belakang rumah ada pokok pandan yang rimbun macam kat rumah kakak aku nih, berhelai-helai boleh pakai, dah tak perlu pakai pewarna dan perasa pandan pun..all pure, even the butter also pure ;)


Blender pandan dengan 300ml air, jangan tak dipotong pulak daun pandan tu yer.

Ni la hasilnya. Macam pro kan
Sambil menulis ni pun sambil makan kek pandan. Memang terbaik naik lelemak dalam badan, sila jogging weekend ni yer Norarpah Ahmad ;)

p/s: nanti kita share resepi kek pandan versi yang telah diolah oleh Norarpah Ahmad

"Cake Makes Me Happy"

#iamarfahahmad

No comments:

Post a Comment