Friday, July 27, 2018

Masalah Jerawat Hilang dengan Pesona Klinik Aesthetic

Lama dah simpan sejarah hitam ni, rasanya dah hampir 2 tahun. Perempuan mana yang tak meroyankan bila muka kau tiba-tiba dibelenggu masalah jerawat yang mencanak-canak naik bagai dibaja. Stress sangat!!!

Raya nak dekat, cousin's wedding dah dekat, muka kau berjerawat teruk parut hitam. Ya Allah dugaan umur nak cecah 3 series ke ape nih!!!

Muka aku memang la tak flawless macam Nora Danish pun sebelum ni tapi takde la berjerawat teruk sampai meninggalkan kesan parut hitam dan bengkak. Ngeri pagi-pagi nak ke office.

Dengan kekuatan yang ada dan disebabkan dah tak tahan dengan jerawat ni, aku buat keputusan ke Pesona Clinic Aesthetic di Jalan Genting Klang yang di recommend kan oleh officemate aku. Aku pergi selepas cuti raya, unfortunately selepas tadah muka kat Dr. Jamil, muka aku tak boleh dibuat treatment pada hari tersebut disebabkan kulit kering yang melampau, doktor tak recommend untuk buat rawatan sebab takut akan melecet.

Setelah mendapat consultation dari Dr. Jamil, aku telah disyorkan beberapa pakej rawatan yang bersesuaian dan skincare yang terbaik untuk kulit aku. Nak recover kan, paham-paham la, get your money ready guys!!! Actually, rawatan aesthetic kat sini adalah antara yang terbaik dan termurah setahu aku, itu sebab ramai selebriti yang datang termasuk la Emma Maembong, Siti Elizad dan Liyana Jasmay.

Aku ambil pakej 4 acne eraser + 2 carbon laser glider, beserta skincare.

Aku terus set appointment seterusnya untuk rawatan acne yang pertama, tapi mula-mula kena pastikan muka tak kering dan tiada mengelupas. Please get and wear your moisturizer day and night!

Pertama kali buat acne eraser bergenang air mata sebab staff Pesona akan picit dan matikan jerawat yang ada diseluruh muka tapi puas hati. Untuk pengetahuan semua, kaedah yang digunakan manual di mana staff yang ditugaskan akan sapu muka kita dengan sejenis cream dan cecair, selepas beberapa minit baru la dia akan picit dan matikan jerawat yang ada, yang ni memang kalau tengok memang ngeri sebab darah akan terpacul keluar pun ada..hahaha

Setelah 4 kali aku jalani rawatan acne eraser, aku continue buat carbon laser glider untuk menghilangkan kesan jerawat, dari first rawatan laser dah boleh nampak perubahan pada wajah, suka dan bersyukur sangat muka dah semakin pulih.

Dr Jamil memang pesan, selepas buat rawatan better jangan pakai kosmetik dulu. Aku memang follow, letak tepi dulu rasa malu nak ke office tanpa compac powder pun..hahaha

Skin care yang aku maintain pakai sampai sekarang

Cousin's wedding. Haa kau selfie macam ni pun boleh nampak tompok hitam tu..nightmare!

sebelum rawatan
Ni sebab malu ambil selfie tutup muka yang teruk berjerawat
selepas first treatment acne eraser

ni last treatment acne eraser

Setelah 2x laser glider treatment

current look. still ada lagi kesan parut sebab aku dah tak continue tapi skin care still pakai.

Alhamdulillah sekarang memang jerawat dah tak naik macam dulu, naik kecil pun 1 atau 2 je sebab period nak dekat, normal la kan.
Ramai yang dah pulih dan sangat puas hati dengan hasil rawatan dari Klinik Pesona ni.

Follow Intagram: pesonaclinic_aesthetic.

Sangat recommend. Staff semua perempuan kecuali Dr Jamil, memang selesa dan yang paling penting mereka sangat ramah.

p/s: jangan ambil sebarang produk, pengajaran untuk diri sendiri..serik!!!

#iamarfahahmad


17 comments:

  1. Hi sis..nk tny bape lama ambil ms utk dpt current look ni?��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, kulit saya ni mmg sejenis yg susah nak hilang kesan parut ni. saya buat treatment ni almost setahun lebih jugak disebabkan kekangan masa dan treatment laser perlu dibuat selang 3 bulan selepas 1st sesi. sampai sekarang saya masih pakai product skincare dari clinic pesona, dah tak berani nak pakai yang lain dan yg pasti tak pernah tinggal sun block, tu pesan doc.

      Delete
  2. Hi sis. Boleh tau berapa kos u buat treatment ni ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, I ambil pakej Rm1450 tak silap. 4 kali rawatan acne + 2 laser. tempoh i buat pakej ni dlm setahun jugak sbb kena ada selepas buat treatment. alhamdulillah memang jerawat besar2 dah x naik, radang kat muka mmg dah xde, muka i ada jugak parut & pores lg tapi dah as for me, still acceptable lg..hehe. jerawat naik pun kecik2 jer bila nak period or bila i travel sbb muka berminyak

      Delete
  3. sis, pegi klinik ni ade diberikan ubat utk makan juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada, mula2 jer. dah tak ingat ubat apa tp utk jerawat.

      Delete
    2. Hi sis...nk tanya berapa lama u makan antibiotic untuk jerawat?lepas stop jerawat still naik lagi tak?

      Delete
    3. I makan ubat jerawat x lama, rasa x sampai sebulan. mmg jerawat tak naik. After habis buat semua treatment muka mmg dah ok, tona kulit sekata..jerawat naik sikit time period or time I pergi travel.

      Delete
  4. Sis ,cara pembayaran boleh buat 3x ke atau trus kne byr full ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena bayar terus, tapi u boleh ambil sikit2 dulu. contoh u bayar utk acne eraser dulu. nti ada promo u bayar utk laser pulak

      Delete
  5. Sis,pemakanan u jaga mcm mn? Ade pantang x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya mmg allergic udang & ketam, mmg tak ambil langsung. tp masalah kulit saya dari salah produk. saya makan mcm biasa. ayam goreng, ikan goreng. yg saya jaga ada sunblock, mmg pakai sentiasa

      Delete
  6. Klau buat rawatan leser tu dia akn jdi merah ke muka utk brpe lama?

    ReplyDelete
  7. Klau buat rawatan leser tu dia akn jdi merah ke muka utk brpe lama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi merah tp dlm sehari jer. pastu muka akan nmpk mcm burn dlm 3 hari. tp inshaallah after that, muka akan ok

      Delete
  8. Hai. Boleh i tahu harga full set untuk skincare tu berapa yaa??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, sorry menyampuk. I baru pergi Pesona Clinic 2 hari lepas. Harga skincare tu normal price dalam RM500 ++ tapi sekarang macam tgh promo dapat discount 53.4% so total dalam RM250 ++.

      Delete