Monday, August 6, 2018

Kitar Semula Pakaian Terpakai di H&M

Hi,

Antara hobi aku selain dari makan kek adalah spring-cleaning, tak percaya?? Dekat rumah kami siap ada disediakan box untuk meletakkan pakaian, towel, shawl, cadar dan sebagainya yang dah tak nak pakai. Bukan nak membazir tetapi bila dah terperuk lama di dalam almari tak pakai-pakai dan at the same time ko hari-hari shopping masuk benda baru dalam almari, so solution terbaik adalah pakaian yang lama haruslah diketepikan.

Sebelum-sebelum ni aku ada join beberapa freemarket di Bandar Tun Razak & Kajang, memang rasa puas sangat dapat memberi kepada golongan yang memerlukan walaupun barangan second hand. Saat pabila mereka ini mengambil dan menghargai pemberian kita, itu la bayaran yang tidak ternilai, I'm an angel

Pesanan penaja, kepada yang berminat nak join freemarket ataupun sumbangan dari segi bentuk barangan, sila pastikan pakaian/ barangan anda masih elok, freemarket bukan lah tempat untuk pembuangan sampah ye, please take note! Sekiranya kalau rasa pakaian/ barangan tersebut sudah tidak elok dan tidak berfungsi lagi, maka eloklah dibuang ke tong sampah di rumah anda.

Haa..tetapi kalau masih rasa sayang nak campak pakaian tersebut ke tong sampah, nak hilangkan rasa serba-salah atau rasa menyesal, sekarang tidak perlu risau lagi!!
Guess what, aku dah jumpa tempat yang kita boleh donate pakaian yang masih elok ataupun yang dah rosak di mana-mana cawangan H&M, bagus kan;) Thumbs up to the team!

Actually H&M berkolaborasi dengan satu company nih, mereka ada team yang akan manage & sorting semua pakaian-pakaian ini nanti. Google sahaja untuk tahu lebih banyak info.

Ok so here I am, gigih bawa 2 bag plastik ke H&M IOI Mall Putrajaya.

Senang sangat nak cari box recycle nih, pergi jengah ke kaunter bayaran H&M dan tadaaa kat sebelah kaunter jer. And please please inform the staff dulu yang korang bawa pakaian untuk recycle sebabnya staff H&M akan berikan discount voucher H&M kepada penyumbang..cool kan!

Lepas donate boleh shopping ;)


Ni la box recycle bersebelahan kaunter bayaran H&M


Diskaun voucher
Sambil menderma sambil shopping. Thank you H&M and team.

#iamarfahahmad

3 comments: