Sunday, July 22, 2018

IKEA SALE

HAH!!!! SALE yang ditunggu-tunggu telah tiba!
Rabu lepas selesai kerja kat DBKL, sebelum balik rumah sempat singgah IKEA, ricky apa yang nak dibeli, berbaloi ke idak, shipping kos dan pemasangan berapa semua. Semangat!
Tapi yang dibeli hanya cermin dan sarung bantal..hahaha, masih berbelah bahagi.

Untuk korang yang tak tahu, shipping cost bermula dari RM80 dan caj pemasangan RM125++
Korang kira la berbaloi ke idak.

Disebabkan masih dalam timbang tara nak membeli almari baju, tup hari Jumaat Alhamdulillah kakak aku bagitau Kak Nurul merangkap adik ipar Along aku nak ke IKEA Sabtu nanti, apa lagi start engine kereta Sabtu pagi-pagi dah keluar biar tak ramai orang, senang tak payah beratur panjang.

List dah ada, no. rak no. bahagian dah ada, cepat je misi selesai..hahaha
Segabak beli almari, no shipping no installation ;)
Nak hadap sendiri ..konon! Gambate!


Menunggu staff IKEA tolong angkatkan set almari ke troli..fuh nasib muat masuk dalam kereta

Beratur nak membayar, feeling dia macam nak masuk rumah baru, padahal realiti menumpang jer.

Haa tu bab cerita yang semuanya smooth, tenang berjalan lancar, ambil barang, pergi bayar, bawa masuk kereta, sampai rumah ..tadaaaa pening kak oii nak pasang almari, patut la caj pemasangan boleh tahan harganya. So, aku recommend korang kalau yang membeli barang besar gabak mahal pulak tu better pertimbangkan untuk staff IKEA sendiri yang pasangkan. Serious weh!!! Tak rumit tapi memeningkan..hahaha

Nasib la setelah berhempas pulas, tonggang terbalik almari tu dikerjakan, akhirnya berdiri tegak almari aku nih. Thank you kakak and abang iparku, takde korang takde la almari putih ni.

Just imagine, pukul 3.30 petang start, pukul 5 stop sebab abang ipar dan kakak aku dah janji dengan anak-anak dorang nak bawa ke Putrajaya main scooter. Kiteorg sambung balik pukul 8.30 malam selepas selesai makan malam. Before 10 malam settled, Alhamdulillah.

Penat weh, bila kau dah skru semua, last tegakkan almari tengok kayu pasang terbalik. Tu sebab kena buat session malam, nasib baik OK jadi almari..haha


Yang ni celah gigi jer, tangan lembut ni pun boleh kasi settled.

Almari ni la, menguji kesabaran dah tahap intelligent sungguh. Maaf gambar perit jerih pemasangan tidak dapat di share disebabkan unsur-unsur aurat yang patut dijaga..hehe

Selamat menjebakkan diri dengan IKEA SALE 12 - 29 Julai 2018
dan selamat berjaya kepada yang gigih macam aku nih.

Terima Kasih IKEA
Pilihan no.1 saya ;)

#iamarfahahmad





No comments:

Post a Comment