Friday, July 27, 2018

Masalah Jerawat Hilang dengan Pesona Klinik Aesthetic

Lama dah simpan sejarah hitam ni, rasanya dah hampir 2 tahun. Perempuan mana yang tak meroyankan bila muka kau tiba-tiba dibelenggu masalah jerawat yang mencanak-canak naik bagai dibaja. Stress sangat!!!

Raya nak dekat, cousin's wedding dah dekat, muka kau berjerawat teruk parut hitam. Ya Allah dugaan umur nak cecah 3 series ke ape nih!!!

Muka aku memang la tak flawless macam Nora Danish pun sebelum ni tapi takde la berjerawat teruk sampai meninggalkan kesan parut hitam dan bengkak. Ngeri pagi-pagi nak ke office.

Dengan kekuatan yang ada dan disebabkan dah tak tahan dengan jerawat ni, aku buat keputusan ke Pesona Clinic Aesthetic di Jalan Genting Klang yang di recommend kan oleh officemate aku. Aku pergi selepas cuti raya, unfortunately selepas tadah muka kat Dr. Jamil, muka aku tak boleh dibuat treatment pada hari tersebut disebabkan kulit kering yang melampau, doktor tak recommend untuk buat rawatan sebab takut akan melecet.

Setelah mendapat consultation dari Dr. Jamil, aku telah disyorkan beberapa pakej rawatan yang bersesuaian dan skincare yang terbaik untuk kulit aku. Nak recover kan, paham-paham la, get your money ready guys!!! Actually, rawatan aesthetic kat sini adalah antara yang terbaik dan termurah setahu aku, itu sebab ramai selebriti yang datang termasuk la Emma Maembong, Siti Elizad dan Liyana Jasmay.

Aku ambil pakej 4 acne eraser + 2 carbon laser glider, beserta skincare.

Aku terus set appointment seterusnya untuk rawatan acne yang pertama, tapi mula-mula kena pastikan muka tak kering dan tiada mengelupas. Please get and wear your moisturizer day and night!

Pertama kali buat acne eraser bergenang air mata sebab staff Pesona akan picit dan matikan jerawat yang ada diseluruh muka tapi puas hati. Untuk pengetahuan semua, kaedah yang digunakan manual di mana staff yang ditugaskan akan sapu muka kita dengan sejenis cream dan cecair, selepas beberapa minit baru la dia akan picit dan matikan jerawat yang ada, yang ni memang kalau tengok memang ngeri sebab darah akan terpacul keluar pun ada..hahaha

Setelah 4 kali aku jalani rawatan acne eraser, aku continue buat carbon laser glider untuk menghilangkan kesan jerawat, dari first rawatan laser dah boleh nampak perubahan pada wajah, suka dan bersyukur sangat muka dah semakin pulih.

Dr Jamil memang pesan, selepas buat rawatan better jangan pakai kosmetik dulu. Aku memang follow, letak tepi dulu rasa malu nak ke office tanpa compac powder pun..hahaha

Skin care yang aku maintain pakai sampai sekarang

Cousin's wedding. Haa kau selfie macam ni pun boleh nampak tompok hitam tu..nightmare!

sebelum rawatan
Ni sebab malu ambil selfie tutup muka yang teruk berjerawat
selepas first treatment acne eraser

ni last treatment acne eraser

Setelah 2x laser glider treatment

current look. still ada lagi kesan parut sebab aku dah tak continue tapi skin care still pakai.

Alhamdulillah sekarang memang jerawat dah tak naik macam dulu, naik kecil pun 1 atau 2 je sebab period nak dekat, normal la kan.
Ramai yang dah pulih dan sangat puas hati dengan hasil rawatan dari Klinik Pesona ni.

Follow Intagram: pesonaclinic_aesthetic.

Sangat recommend. Staff semua perempuan kecuali Dr Jamil, memang selesa dan yang paling penting mereka sangat ramah.

p/s: jangan ambil sebarang produk, pengajaran untuk diri sendiri..serik!!!

#iamarfahahmad


Monday, July 23, 2018

Kek Pandan My Current Kegilaan

Hi,

Semenjak ada Instagram ni aku dah follow banyak bakers especially home bakers. Antaranya Aszbakes, Sugar_bytes, thekitchenguardian, yati_kaybakery dan Thebakingbachelor.

Memang aku ni spesis yang dilahirkan suka makan dessert, especially kek. Siapa tak suka kek sila tinggal dalam gua..hahaha.

Disebabkan suka sangat makan kek, aku pernah join demo class Aszbakes tahun lepas dan Sugar Bytes pada tahun ni. Berbaloi sangat ilmu dan resepi-resepi yang diberi. Tapi yang aku praktikkan hanya kek pandan dan kek sour cream.

Musim raya lepas, dua minggu berturut-turut buat kek pandan, yang best nya siap rasa diri macam dah expert sangat. Ye la mana tak nye, siap tukar resepi yang sifu bagi lagi. Sifu ajar kena pakai santan dan fresh milk, memang sedap tapi aku memandai cuba tak pakai 2 bahan ni dalam resepi dia. Alhamdulillah nasib baik berjaya dan serasi rasanya dengan tekak ni ha.

Haa ni la kegigihan aku 2 minggu berturut-turut. Kalau yang tak minat tu memang akan rasa macam leceh tapi sebenarnya mudah sahaja, tambah-tambah kalau kat belakang rumah ada pokok pandan yang rimbun macam kat rumah kakak aku nih, berhelai-helai boleh pakai, dah tak perlu pakai pewarna dan perasa pandan pun..all pure, even the butter also pure ;)


Blender pandan dengan 300ml air, jangan tak dipotong pulak daun pandan tu yer.

Ni la hasilnya. Macam pro kan
Sambil menulis ni pun sambil makan kek pandan. Memang terbaik naik lelemak dalam badan, sila jogging weekend ni yer Norarpah Ahmad ;)

p/s: nanti kita share resepi kek pandan versi yang telah diolah oleh Norarpah Ahmad

"Cake Makes Me Happy"

#iamarfahahmad

Sunday, July 22, 2018

IKEA SALE

HAH!!!! SALE yang ditunggu-tunggu telah tiba!
Rabu lepas selesai kerja kat DBKL, sebelum balik rumah sempat singgah IKEA, ricky apa yang nak dibeli, berbaloi ke idak, shipping kos dan pemasangan berapa semua. Semangat!
Tapi yang dibeli hanya cermin dan sarung bantal..hahaha, masih berbelah bahagi.

Untuk korang yang tak tahu, shipping cost bermula dari RM80 dan caj pemasangan RM125++
Korang kira la berbaloi ke idak.

Disebabkan masih dalam timbang tara nak membeli almari baju, tup hari Jumaat Alhamdulillah kakak aku bagitau Kak Nurul merangkap adik ipar Along aku nak ke IKEA Sabtu nanti, apa lagi start engine kereta Sabtu pagi-pagi dah keluar biar tak ramai orang, senang tak payah beratur panjang.

List dah ada, no. rak no. bahagian dah ada, cepat je misi selesai..hahaha
Segabak beli almari, no shipping no installation ;)
Nak hadap sendiri ..konon! Gambate!


Menunggu staff IKEA tolong angkatkan set almari ke troli..fuh nasib muat masuk dalam kereta

Beratur nak membayar, feeling dia macam nak masuk rumah baru, padahal realiti menumpang jer.

Haa tu bab cerita yang semuanya smooth, tenang berjalan lancar, ambil barang, pergi bayar, bawa masuk kereta, sampai rumah ..tadaaaa pening kak oii nak pasang almari, patut la caj pemasangan boleh tahan harganya. So, aku recommend korang kalau yang membeli barang besar gabak mahal pulak tu better pertimbangkan untuk staff IKEA sendiri yang pasangkan. Serious weh!!! Tak rumit tapi memeningkan..hahaha

Nasib la setelah berhempas pulas, tonggang terbalik almari tu dikerjakan, akhirnya berdiri tegak almari aku nih. Thank you kakak and abang iparku, takde korang takde la almari putih ni.

Just imagine, pukul 3.30 petang start, pukul 5 stop sebab abang ipar dan kakak aku dah janji dengan anak-anak dorang nak bawa ke Putrajaya main scooter. Kiteorg sambung balik pukul 8.30 malam selepas selesai makan malam. Before 10 malam settled, Alhamdulillah.

Penat weh, bila kau dah skru semua, last tegakkan almari tengok kayu pasang terbalik. Tu sebab kena buat session malam, nasib baik OK jadi almari..haha


Yang ni celah gigi jer, tangan lembut ni pun boleh kasi settled.

Almari ni la, menguji kesabaran dah tahap intelligent sungguh. Maaf gambar perit jerih pemasangan tidak dapat di share disebabkan unsur-unsur aurat yang patut dijaga..hehe

Selamat menjebakkan diri dengan IKEA SALE 12 - 29 Julai 2018
dan selamat berjaya kepada yang gigih macam aku nih.

Terima Kasih IKEA
Pilihan no.1 saya ;)

#iamarfahahmad





Thursday, July 19, 2018

Ajal Maut Rahsia Allah

Baru-baru ini dikejutkan dengan berita kematian adik kawan sekolah. Balik kerja tengok whatsapp group penuh dengan conversation dan ucapan takziah.

Pilu betul rasa hati, sehingga kini masih terasa dan tak dapat membayangkan perasaan ahli keluarga sahabat apabila mendapat berita kematian si anak/ si adik akibat kemalangan ngeri di Temerloh Pahang. Berat sungguh ujian buat kamu sahabat sekeluarga.

Adik yang baru grad dari UiTM Perlis, baru bekerja, anak bongsu kesayangan keluarga telah dijemput Ilahi dengan cara begitu, telah ditulis di luh mahfuz.

Inna lilla hiwainna ilaihiraajiun...
Setiap yang hidup pasti akan mati

Ya Allah..
Sesungguhnya kami hambaMu yang penuh dengan dosa, ampunkan kami!



Selamat Malam
Semoga kita mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah SWT

Amiin

#iamarfahahmad

Friday, July 13, 2018

Selamat datang ke dunia blogger

Ini bukanlah penulisan pertama, cumanya blog lama dah saya padamkan dari memori Google (biar la terpahat dalam memori sendiri sahaja), faktor usia mungkin ..hehe

Dah lama berangan sebenarnya nak ada blog sendiri yang bercirikan Norarpah Ahmad yang matang, berfikiran positif dan bersemangat Malaysia baru ni..Inshaallah rajin-rajinkan diri menulis selepas ni.

So, here i am writing for myself and you are welcome to read and comments. 



Thank you and call me Arfah ;)

#iamarfahahmad