Friday, February 22, 2019

Tanjung Kepah, Lekir, Perak (The Hidden Gem in Sitiawan)

Assalamualaikum.

Bukan selalu kami balik ke kampung buat aktiviti ke laut ni, sebabnya dah puas (jemuih kata orang perak) semasa kanak-kanak dulu. Tetapi disebabkan kesian kat budak-budak bandar ni dan nak bagi abang ipar merasa apa yang isteri dia rasa zaman kanak-kanak dulu, kami pun menuju la ke Tanjung Kepah, Lekir usai bersarapan pagi. Tapi sembang punya sembang, nak dekat tengah hari la jugak baru nak ke laut, hambik kau..paneh lit lit. Sitiawan & Manjung memang terkenal dengan bahang panas laut yer anak-anak sekalian..hahaha

Dari rumah kami ambil masa dalam 10 minit jer nak ke sini, pantai bersih tapi bukan untuk mandi yer. Dah nama pun Tanjung Kepah kan, mesti la datang sini untuk cari segala jenis spesis kepah buat makan tengah hari.

Dekat sini memang spot orang tempatan cari kepah, kerang, remis dan lain-lain. Kita yang amatur ni duk kat pasir korek tanah cari remis jer. Tu pun dah rasa best!

Dari tepi pantai kita boleh nampak sampan-sampan yang digunakan oleh orang kampung untuk mencari anak kerang (ni info dari orang kampung..hehehe)








dua orang budak tak nak balik dan tak puas hati tak dapat mandi laut



Best kan kampung kite?
Orang Sitiawan dan Manjung pun ramai yang tak tahu tempat ni..rahsia ;)

#iamarfahahmad yang suka nak travel overseas tapi jiwa anak kampung

No comments:

Post a Comment