Sunday, February 10, 2019

Kuih Bakul (Nian gao)

Assalamualaikum.

Happy Chinese New Year!
Gong Xi Fa Cai!

Menggamit memori betul bila tibanya Tahun Baru Cina. Dulu zaman kecil-kecil dulu, ayah dan emak aku selalu dapat kuih bakul pemberian dari kawan-kawan bangsa Cina dorang.

Dah lama sangat tak makan, sampai la aku nampak dalam Majalah 3 pasal ada sorang budak perempuan OKU dari Kemaman yang buat kuih bakul dan kuih bulan halal. Yang menariknya, business kuih bakul dan kuih bulan dia dah sampai tahap eksport ke luar negara. Bangga betul. Hebat budak ni.

Aku apa lai, cari jer hashtag kat Instagram, cari punya cari jumpa la ajen yang jual kuih bakul nih. Pre-order okey! Terpaksa la bersabar, tapi tak sampai 2 minggu dah dapat kuih bakul nih. Memang terbaik, sedap. Rasa originaliti kuih bakul ni, cuma zaman budak-budak dulu, kuih bakul ni dibalut dengan daun pisang.

Ni la kuih bakul, tapi dah moden sikit dibalut dengan plastik


Kena potong-potong macam ni sebelum dicelup dalam adunan tepung untuk digoreng (ala-ala goreng pisang)

haaa ni selepas digoreng, serius memang sedap

Aku siap bawa pergi office bagi officemate aku rasa, rata-rata dorang tak pernah tau kewujudan kuih bakul nih, memang sedap.

Tapi sebenarnya, bak kata officemate berbanga Cina aku cakap, kuih bakul ni dorang makan dengan kelapa atau diapit dengan ubi keledek dan keladi baru dicelup tepung dan digoreng.

Jangan ragu-ragu untuk mencuba! Dah rasa pasti korang nak lagi dan lagi ;)

#iamarfahahmad

No comments:

Post a Comment