Friday, September 7, 2018

Percutian ke Pulau Pangkor

Cuti sekolah baru-baru ini, aku dan keluarga ke Pulau Pangkor pada Hari Khamis selepas Hari Raya Aidiladha. Alhamdulillah kami tiga beradik dapat cuti pada Khamis dan Jumaat, jadi boleh la plan untuk bercuti. Walaupun Pulau Pangkor ni sekangkang kera jer dari kampung halaman, kami sekeluarga memang dah lama tak ke sana.

Mak dan ayah aku pernah tinggal di Pulau Pangkor seawal pernikahan mereka sehingga kakak aku berusia 3 tahun mungkin. Jadinya, percutian ke Pulau Pangkor ini ibarat menggamit memori Mak Ayah dan kakak ku..hahaha

Pagi Khamis selepas breakfast kami bertolak ke jeti Lumut, ouh nak ke Pulau Pangkor korang boleh pilih nak naik feri dari Jeti Lumut (perjalanan lebih kurang 40 minit) ataupun Jeti Marina (perjalanan lebih pendek).

Kami memilih naik dari Jeti Lumut supaya anak-anak kakak aku dapat la merasa lama sikit duduk di dalam feri, dan kebetulan ayah bawa motor ke Pulau Pangkor. Yes, korang boleh angkut motor naik feri ke Pulau Pangkor.

Tiket dewasa pergi balik adalah RM 14, manakala kanak-kanak RM 8, murah kan.
Disebabkan kami semua 6 dewasa, kami siap-siap menyewa 2 lagi motor dari Jeti Lumut, booked siap-siap senang, sampai Jeti Pulau Pangkor terus boleh pickup.

Sewa motor sebiji RM30 (ambil pukul 12, return sebelum 1 petang esoknya)..berbaloi kan!!!

Pulau Pangkor ni kecil jer, nak pusing pulau naik motor ambil masa dalam 1 jam setengah jer, tu pun jadi lama sebab jalan dia berbukit dan berselekoh..so scary but thrill!!!

Kalau bertuah, kena pada masanya, korang akan dapat nak feri macam ni, boleh la layan angin dan view laut
Adielya Arissa acah-acah tourist
Sampai Jeti Pulau Pangkor mesti korang akan diserikan dengan teksi van pink ni, ini la icon Pulau Pangkor


Jalan-jalan Pulau Pangkor dengan motorsikal..best


Selepas check-in di Nipah Bay Villa, kami bergerak ke Masjid Al-Badr Seribu Selawat. Masjid ini antara masjid terapung yang ada di Malaysia. Wajib melawat pada yang datang ke Pulau Pangkor.

Nipah Bay Villa. Tiada pool ok. Who's need a pool when you have the biggest pool in the world right!

View dari pintu masuk

Antara dinding di dalam masjid

Selepas solat di masjid, kami meneruskan rondaan di kawasan perkampungan, singgah sebentar di Kota Belanda dan akhirnya mandi laut di Coral Bay.


Kota Belanda


Coral Bay lebih cantik berbanding Teluk Nipah


Sebelah malam pula, kami pusing-pusing untuk mencari ikan bilis mata biru. Rugi pada yang datang ke Pulau Pangkor tapi tak membeli ikan bilis. Ikan bilis mata biru Pangkor memang agak mahal tapi kalau dah rasa korang pasti tak cari lain dah..trust me!

Habis shopping ikan bilis, dinner time. Terjah jer la mana-mana kedai, kalau nasib baik dapat la gerai makan best, dapat nasib macam kami..so so sajer..xpe la janji perut kenyang suka hati ;)

Makan ditepian pantai okey..korang hadooo!
p/s: sorry sister pinjam gambar u

Pagi esoknya, seawal pagi selepas breakfast aku buat keputusan jalan-jalan di tepi pantai Teluk Nipah. Perghhhh nyaman sangat.


Morning walk di Teluk Nipah

budak tak sabar nak mandi laut, breakfast tepi pantai pun boleh


Cantik kan biru laut itu
Rindunya nak jadi kanak-kanak semula kan kan kan

Ok selesai mandi manda lebih kurang 10.30 pagi kami balik ke chalet untuk bersiap-siap. Check-out time!


Ok jom pulang semua ;)




Selamat bercuti semua ;)
#iamarfahahmad


No comments:

Post a Comment