Friday, February 22, 2019

Tanjung Kepah, Lekir, Perak (The Hidden Gem in Sitiawan)

Assalamualaikum.

Bukan selalu kami balik ke kampung buat aktiviti ke laut ni, sebabnya dah puas (jemuih kata orang perak) semasa kanak-kanak dulu. Tetapi disebabkan kesian kat budak-budak bandar ni dan nak bagi abang ipar merasa apa yang isteri dia rasa zaman kanak-kanak dulu, kami pun menuju la ke Tanjung Kepah, Lekir usai bersarapan pagi. Tapi sembang punya sembang, nak dekat tengah hari la jugak baru nak ke laut, hambik kau..paneh lit lit. Sitiawan & Manjung memang terkenal dengan bahang panas laut yer anak-anak sekalian..hahaha

Dari rumah kami ambil masa dalam 10 minit jer nak ke sini, pantai bersih tapi bukan untuk mandi yer. Dah nama pun Tanjung Kepah kan, mesti la datang sini untuk cari segala jenis spesis kepah buat makan tengah hari.

Dekat sini memang spot orang tempatan cari kepah, kerang, remis dan lain-lain. Kita yang amatur ni duk kat pasir korek tanah cari remis jer. Tu pun dah rasa best!

Dari tepi pantai kita boleh nampak sampan-sampan yang digunakan oleh orang kampung untuk mencari anak kerang (ni info dari orang kampung..hehehe)








dua orang budak tak nak balik dan tak puas hati tak dapat mandi laut



Best kan kampung kite?
Orang Sitiawan dan Manjung pun ramai yang tak tahu tempat ni..rahsia ;)

#iamarfahahmad yang suka nak travel overseas tapi jiwa anak kampung

Sunday, February 10, 2019

Kuih Bakul (Nian gao)

Assalamualaikum.

Happy Chinese New Year!
Gong Xi Fa Cai!

Menggamit memori betul bila tibanya Tahun Baru Cina. Dulu zaman kecil-kecil dulu, ayah dan emak aku selalu dapat kuih bakul pemberian dari kawan-kawan bangsa Cina dorang.

Dah lama sangat tak makan, sampai la aku nampak dalam Majalah 3 pasal ada sorang budak perempuan OKU dari Kemaman yang buat kuih bakul dan kuih bulan halal. Yang menariknya, business kuih bakul dan kuih bulan dia dah sampai tahap eksport ke luar negara. Bangga betul. Hebat budak ni.

Aku apa lai, cari jer hashtag kat Instagram, cari punya cari jumpa la ajen yang jual kuih bakul nih. Pre-order okey! Terpaksa la bersabar, tapi tak sampai 2 minggu dah dapat kuih bakul nih. Memang terbaik, sedap. Rasa originaliti kuih bakul ni, cuma zaman budak-budak dulu, kuih bakul ni dibalut dengan daun pisang.

Ni la kuih bakul, tapi dah moden sikit dibalut dengan plastik


Kena potong-potong macam ni sebelum dicelup dalam adunan tepung untuk digoreng (ala-ala goreng pisang)

haaa ni selepas digoreng, serius memang sedap

Aku siap bawa pergi office bagi officemate aku rasa, rata-rata dorang tak pernah tau kewujudan kuih bakul nih, memang sedap.

Tapi sebenarnya, bak kata officemate berbanga Cina aku cakap, kuih bakul ni dorang makan dengan kelapa atau diapit dengan ubi keledek dan keladi baru dicelup tepung dan digoreng.

Jangan ragu-ragu untuk mencuba! Dah rasa pasti korang nak lagi dan lagi ;)

#iamarfahahmad

Friday, February 1, 2019

Fortune Cookies

Assalamualaikum.

Gigih HR agih-agihkan fortune cookies kepada semua staff Censof. Suka sangat idea ni, walaupun simple, nampak kecil jer tapi dapat menceriakan hari aku yang serabut kat projek site.

Terima Kasih Thurga & Censof!



Sebelum buka paket


Dalam ada cookies ni, kepakkan dan tadaaaa..

"You will always be surrounded by true friends"

Inshaallah.

Happy Chinese New Year untuk semua bangsa Cina dan selamat bercuti!

#iamarfahahmad

Thursday, January 31, 2019

Free Market di Universiti Malaya

#latepost

Assalamualaikum.

Sebelum menutup tirai tahun 2018, seperti yang telah dirancang , aku bersama-sama kakakku sempat join Free Market yang dianjurkan oleh Team Tamak Pahala di Universiti Malaya pada 16/12/2018.

Dah lama simpan barang-barang ni untuk disedekahkan kepada yang lebih memerlukan. Pastikan barangan masih elok walaupun pre-loved, mereka yang menerima pun manuasia biasa macam kita yang ada perasaan, yang suka akan benda-benda yang cantik, bergaya dan sebagainya.

Jom latih diri untuk sama-sama join aktiviti macam ni supaya kita lebih bersyukur, humble dan yang paling penting amalan tidak membazir.

Ni la barang-barang donation kami
Kasut sekolah baru sempena Back to School 2019
Antara sukarelawan - sorting t-shirt dan bag sekolah
Para penerima sedang menunggu waktu perlepasan..hehe
Ni la Syed Azmi yang famous tu. Hi ;)
Semoga sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban kepada semua penerima dan semoga berjaya dunia akhirat. Kepada para penyumbang, keep the good work! See you guys soon ..Inshaallah ;)

#iamarfahahmad

Friday, January 11, 2019

Selamat Tahun Baru 2019

Alhamdulillah dah masuk tahun baru 2019 dah kan.
Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2019!

Masuk tahun baru semestinya ramai yang set azam baru kan.

Apa pun, semoga tahun ini menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya dan biarlah azam aku untuk tahun ini menjadi satu rahsia. Inshaallah semoga segala impian akan Allah permudahkan untuk kita semua. Amiin.


Semoga impian kita tercapai ;)

With love
#iamarfahahmad

Wednesday, December 5, 2018

Aktiviti Hujung Tahun Bersama Free Market

Assalamualaikum,

Hujung tahun ni apa plan korang dengan anak-anak? Selain dari bercuti, balik kampung, apa kata korang buat spring cleaning kat rumah dan join Free Market yang dianjurkan oleh ngo-ngo kat Malaysia ni.

Inshaallah minggu depan 16 Dis 2018, aku akan join FreeMarketMy di UM. Tetapi anjuran kali ni hanya untuk barangan kanak-kanak sahaja.

Daripada simpan menimbun barang-barang kita kat rumah, lebih elok kita sumbangkan pada mereka yang memerlukan. Feel dia lain bila kita bagi sendiri kepada mereka-mereka yang memerlukan ni. Inshaaallah korang akan lebih rasa bersyukur dan tenang~

Korang boleh refer FB Group https://www.facebook.com/groups/FreeMarketMY/ untuk info lebih lanjut.


Selamat menyumbang ;)

#iamarfahahmad

Monday, December 3, 2018

Year End Sale Pesona Aesthetic Clinic

Korang mesti ingat kan post aku pasal masalah jerawat hilang dengan bantuan Pesona Aesthetic Clinic lepas.


Disebabkan masalah muka aku dulu agak kronik dan kulit aku ni sejenis yang liat nak hilang parut, so so sehingga kini aku memang excited kalau Pesona buat promo, nak nak promo akhir tahun ni, memang berbaloi sangat.

Kalau korang nak cuba rawatan di Pesona, ini la masanya. Inshaallah korang tidak akan menyesal.

Trust Me!

Ni promo akhir tahun Pesona. Korang boleh tengok dekat Instagram @pesonaclinic_aesthetic sendiri.

Promo pertama yang aku ambil dulu adalah combo Acne Eraser + Scar Glider Laser.

Promo kali ni macam nak cuba cuba yang facial pulak.

picture credit to Instagram pesonaclinic_aesthetic

Selamat mencuba ;)

#iamarfahahmad