Tuesday, November 20, 2018

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum,

Salam Maulidur Rasul buat seluruh umat Islam. 
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.




#iamarfahahmad

Tuesday, November 13, 2018

Ada apa dengan 11.11 Sale

Assalamualaikum,

Rasanya boleh dikatakan majoriti semua perempuan alert pasal 11.11 SALE kan!
Tak tahu? Jangan nak buat-buat tak tahu yer..hahaha

Kenapa 11.11? bukan 1.11, bukan 1.12 ker kan.

Yang pasti aku, kau dan kita semua tak ambil pusing pun kenapa 11.11 betul tak? Yang kita tahu, bila tiba 11 November, semua get ready for shopping~

Aku yang dah lama usha Zalora dan 1 jenama telekung travel ni, apa lagi memang tak sah la tak shopping kan, tapi takde la sampai menggila, beli apa yang diperlukan sahaja, yang lama-lama scroll tu kira macam window shopping jer..Alhamdulillah selamat duit dari terbang melampau.

So, apa yang telah berjaya dibeli?

Zalora :
1. Laneige Sun Cream - 3 bottle. Memang berbaloi sangat sebab normal price RM103, tapi 11.11 Sale punya pasal dapat sebotol RM77.

2. Mango sling bag - Normal price RM130++, selepas 11.11 Sale discount jadi RM70++

Pembelian yang berjaya di Zalora


Zaahara:
1. Yang ni aku rembat Zaahara telekung travel. 2 set terus. Biru dan hitam. 1 set RM90, kecewa takde diskaun tapi tapi dapat free delivery, so why not kan
.
.
.
.
Haaa korang shopping apa? Mesti sakan kan.

"Because I bought it on sale, I actually made money"

#iamarfahahmad

Sunday, November 11, 2018

Resepi Kek Oren Mudah Sangat

Assalamualaikum,

Untuk pertama kalinya aku nak kongsikan resepi kek oren yang menjadi kegemaran keluarga aku dari dulu-dulu lagi. Masa budak-budak dulu mak la yang selalu buatkan untuk kami adik-beradik tetapi dah besar panjang ni, turn aku pulak yang buatkan.

Ini adalah resepi yang selalu aku pakai. SENANG. RINGKAS. SEDAP.

Bahan-bahan:
250g   Butter  
180g   Gula
250g   Tepung Bluekey
4 biji   Telur
1 biji   Buah oren

Nota:
* Butter dan telur dibiarkan pada suhu bilik
* Kalau suka manis, gula jadikan 200g
* Parutkan kulit oren dan perah oren untuk dapatkan jus oren

Cara-cara:
1. Putar butter dan gula sehingga kembang. Biar putar lama-lama sampai putih gebu.
2. Masukkan telur satu persatu. Switch off mixer setiap kali sebelum masukkan telur.
      - tidak perlu mix lama-lama
3. Masukkan tepung diselang-seli dengan jus oren yang diperah tadi.
      - tidak perlu mix lama-lama
4. Masukkan parutan kulit limau.
5. Jika ada lemon, boleh perah air lemon sedikit untuk tingkatkan aroma.
6. Masukkan adunan ke dalam bekas. *bekas sebelum itu telah disapukan dengan butter supaya kek tidak melekat.
7. Setkan suhu oven kepada 190 Celsius, bakar selama 30-40 minit. 
* suhu oven dan masa berbeza mengikut jenis oven. Saya pakai oven lama brand butterfly.



Bahan-bahan

Nota: gambar kek tak sempat nak snap, Inshaallah aku share kemudian ok.

Selamat mencuba ;)

#iamarfahahmad