Thursday, January 31, 2019

Free Market di Universiti Malaya

#latepost

Assalamualaikum.

Sebelum menutup tirai tahun 2018, seperti yang telah dirancang , aku bersama-sama kakakku sempat join Free Market yang dianjurkan oleh Team Tamak Pahala di Universiti Malaya pada 16/12/2018.

Dah lama simpan barang-barang ni untuk disedekahkan kepada yang lebih memerlukan. Pastikan barangan masih elok walaupun pre-loved, mereka yang menerima pun manuasia biasa macam kita yang ada perasaan, yang suka akan benda-benda yang cantik, bergaya dan sebagainya.

Jom latih diri untuk sama-sama join aktiviti macam ni supaya kita lebih bersyukur, humble dan yang paling penting amalan tidak membazir.

Ni la barang-barang donation kami
Kasut sekolah baru sempena Back to School 2019
Antara sukarelawan - sorting t-shirt dan bag sekolah
Para penerima sedang menunggu waktu perlepasan..hehe
Ni la Syed Azmi yang famous tu. Hi ;)
Semoga sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban kepada semua penerima dan semoga berjaya dunia akhirat. Kepada para penyumbang, keep the good work! See you guys soon ..Inshaallah ;)

#iamarfahahmad

Friday, January 11, 2019

Selamat Tahun Baru 2019

Alhamdulillah dah masuk tahun baru 2019 dah kan.
Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2019!

Masuk tahun baru semestinya ramai yang set azam baru kan.

Apa pun, semoga tahun ini menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya dan biarlah azam aku untuk tahun ini menjadi satu rahsia. Inshaallah semoga segala impian akan Allah permudahkan untuk kita semua. Amiin.


Semoga impian kita tercapai ;)

With love
#iamarfahahmad